salji turun

Blogger Templates

Rabu, 3 Oktober 2012

Mari Menulis (Suku kata akhir)

Latihan 1

Lengkapkan gambar dibawah dengan sukukata yang betul


su..........


ra..........


gi ...........


ku.........

ma.........

Mari membaca (Baba/Caca/Dali/Fazu/Gani)

MARI MEMBACA

Gambar dan Perkataan (KVKV)

ro  +  ti

bo  +  la
ci  +  li

su  +  du

ba  +  pa

BAHASA MELAYU (LITERASI LINUS)

TEMA : PERSEKITARAN SAYA

KEMAHIRAN
1.0 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV
2.0 Membina dan menulis suku kata terbuka KV+KV

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran                        : Bahasa Melayu Pemulihan LINUS
Tahun                                      : 3 Alamanda
Bilangan Murid                        : 7 orang
Tajuk                                       : Persekitaran Saya
Masa                                       : 10,10 – 11.10 pagi
Objektif                                    : Pada akhir pelajaran murid-murid berupaya
i.              Menyebut, mencerakin, mengeja, membaca dan memahami suku kata terbuka KV+KV 
          dengan sebutan yang betul.
ii.             Membina dan menulis perkataan suku kata terbuka KV+KV dengan betul.
Hasil Pembelajaran                 :
1.1          Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV dan Perkataan KVKV.
1.2          Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV.
Kemahiran Bahasa                 : Kemahiran bertutur, mendengar dan menulis.
Sistem Bahasa                       : Sistem ejaan, suku kata, perkatan suku kata terbuka,
                                                  sebutan dan intonasi.
Ilmu                                         : Bahasa Melayu, Sains, Persekitaran Saya.
Nilai                                         : Menghargai, menghormati, kasih sayang, bekerjasama.
Kemahiran Bertamabah Nilai (KBT)
Kemahiran Berfikir                  : Menjana idea, membuat perbezaan, membuat inferens
                                                  kemahiran mengkategori.
Kemahiran Belajar                  : Menerima matlumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai             : Kinestik, intrapersonal, interpersonal, naturalis,
  dan emosi.
Pengetahuan Sedia Ada         : Murid dapat berceritakan pengetahuan mereka dan
                                                : pengalaman mereka tentang alam sekitar yang ada
                                                  disekeling mereka dengan cara berdialog dan membina
                                                  suku kata KV menjadi perkataan KVKV terbuka.
BBB                                         : kad suku kata, kad gambar, tali, kotak, benda maujad,
                                                  buku latihan, lembaran kerja dan alat tulis.
EMK                                        : Mengetahui kepentingan menjaga kebersihan alam 


AKTIVITI
1. Menyebut dan mencerakinkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV berdasarkan gambar.
2. Menyebut perkataan lain yang mengandungi suku kata terbuka KVKV berdasarkan gambar.
3. Mengeja dan membaca perkataan pada kad perkataan yang bergrid. Aktivii boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau kumpulan kecil.
4 .Latih tubi membaca kad perkataan tanpa grid.
5. Membaca frasa dan ayat yang ada perkataan suku kata terbuka.
6 Membina perkataan yang mengandungi sukukata terbuka KVKV berpandukan gambar.
7. Latihan menulis perkataan dengan bimbingan guru.

***Aktiviti yang dijalankan akan diselang-selingkan dengan aktiviti didik hibur, permainan bahasa, uij minda. rehat minda, dan cerita nasihat bertujuan untuk menarik minat murid agar tidak jemu dengan aktiviti latih tubi mengeja dan membaca semata-mata. Latihan juga disediakan untuk menguji kemahiran ingatan murid mengingati perkataan yang telah dipelajari. Inilah yang dikatakan belajar sambil berhibur.***